Kampung Kemasin berada dalam Daerah Perupok . Daerah Perupok adalah salah satu daripada 8 daerah yang terdapat di Jajahan Bachok. Keluasan Daerah Perupok iaitu 36.3 Km persegi. Ianya meliputi 13.01% daripada keluasan keseluruhan Jajahan Bachok yang terbahagi kepada 10 Mukim Penghulu dangan 56 buah kampung. Kedudukan Daerah Perupok merangkumi dari sebelah selatannya Kampung Padang Cina sehingga Kemasin (Pintu Gerbang Pengkalan Petah). Keluasan Jajahan Bachok ialah 264.64 Km/Persegi.
Uniknya nama ‘Bachok’ dikatakan daripada komuniti masyarakat siam dan ‘cina kampung’ yang dikatakan mula menetap di kampung Balai, kemasin sejak kira-kira 200 tahun dahulu! Ini diperlihatkan dengan kewujudan wat dan tokong. Perkataan Bachok itu sendiri dikatakan berasal dari gabungan Bahasa siam iaitu ‘Ban’ (kampung) dan ‘Chak’ (Nipah).
