Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP). Pusat Sebaran Maklumat Nasional yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional menyediakan latihan dan perisian komputer. Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg Kemasin telah dibuka secara rasmi pada 7 Oktober 2014 dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Ruslan Bin Abdul Rahman selaku Ketua Pegawai Jabatan Penerangan Jajahan Bachok.
Waktu Operasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg. Kemasin beroperasi setiap hari kecuali cuti umum yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Untuk makluman, setiap penggunaan komputer akan dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan internet. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna.
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan
Antara perkhidmataan yang ditawarkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg. Kemasin:
- Penggunaan komputer
- Capaian jalur lebar / Internet berkelajuan tinggi
- Perkhidmatan Percetakan daan Fotokopi
- Perkhidmatan Scan
- Perkhidmatan Laminate dan Binding
- Latihan Keusahawanan & Kelas ICT Percuma.
