Program : Latihan Keusahawanan – Intel Entrepreneur Basic
Masa : 6 September 2017 (9.00 pagi – 6.00 petang) hingg 7 September 2017 (9.00 pagi – 6.00 petang)
Tempat : PI1M Kg Kemasin
Tujuan :
- – Mempelajari asas penggunaan komputer
- – Memperkenalkan cara komputer beroperasi serta aplikasi perisian asas.
- – Memahami dan menggunakan aplikasi berasaskan web seperti Carian Internet (Internet Search), E-mel,
- – Memahami dan menggunakan aplikasi Myshop.pi1m.my
- – Memahami dan menggunakan Microsoft Word seperti Microsoft Word, Microsoft Excel & Microsoft Powerpoint.
Aktiviti :
Intel Learn Easy Step (IES) dijalankan selama 1 hari iaitu pada 6 September 2017 dan Intel E-Basic pada 7 September 2017.
Pada 6 September 2017, program ini dimulakan dengan pengenalan kepada objektif penubuhan PI1M kepada komuniti setempat dan peranan pi1m dalam membangunkan sosio-ekonomi penduduk menerusi latihan-latihan ICT yang dijalankan di Pi1m.
Selepas itu, kelas dimulakan dengan sesi penerangan modul 1 hingga 5 IES bersama-sama peserta melalui nota yang telah diberikan. Pengurus dan peserta bersama-sama merujuk nota bermula dari pengenalan sesebuah komputer cara menggunakan komputer dengan berkesan serta mengaplikasi kemahiran komputer dalam kehidupan harian.
Peserta turut mempelajari cara menggunakan Internet dengan berkesan untuk mencari maklumat dan komunikasi. Peserta diajar kemahiran Internet dengan melaksanakan carian maklumat melalui carian enjin google.
Peserta turut mempelajari cara mencipta akaun E-mel,
menghantar dan membalas E-mel
Kemudian, latihan keusahawanan disambung dari modul 6 sehingga modul 15 dimana peserta melakukan aktiviti yang akan membantu peserta membangunkan kemahiran teknologi serta menunjukkan cara menggunakan
kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian.
Peserta diminta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari pada modul awal menggunakan
- Paint
- Microsoft Words
- Microsoft Excel
- Microsoft Powerpoint
- Carian maklumat di Google
Peserta turut diberi pendedahan awal kepada salah satu aplikasi dashboard pi1m iaitu My shop.pi1m.my untuk urusan jual beli di alam maya.
Program berakhir dengan ucapan terima kasih kepada peserta dengan komitmen yang diberikan selama 2 hari.
Hasil :
Hasil daripada Program tersebut, peserta dilengkapi dengan ilmu asas IT dan menggunakan teknologi dalam memudahkan kehidupan seharian.