mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q4 2020 (OKTOBER-DISEMBER)

USAHAWAN I

 NAMA : Mohd Hadirin Bin Che Hashim
 EMAIL : digidient@gmail.com
 UMUR 33 Tahun
 KEJAYAAN : Menjual Pulut Tapai secara dalam talian.

 

Latar Belakang

Encik Hadirin seorang  yang mengemari makanan tradisional terutamanya Pulut Tapai. Beliau mampu menghasilkan sendiri pulut tapai mengikut resepi keluarganya sendiri. Oleh hal demikian, beliau bercita-cita untuk menjual pulut tapai tersebut kepada orang ramai. Beliau memulakan perniagaannya semasa musim PKP dan mula berusaha mencari pelanggan untuk produk Beliau.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas dan latihan keusahawan di PI Kg Kemasin, beliau telah mula berjinak-jinak menceburi perniagaan melalui Whatapps tetapi teknik pemasaran kurang berkesan kerana penjualan produk tersebut berkurangan.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti Kelas Asas E-Usahawan di Pusat Internet Kg. Kemasin, beliau mula menggunakan aplikasi Shopee sepenuhnya bagi menjual produk  tersebut dan proses pemasaran dan penjualan produknya semakin meningkat dari hari ke hari. Beliau juga telah membuat transformasi produk berasaskan pulut dan berjaya memasarkan produk yang pelbagai.

 

 

USAHAWAN II

 NAMA  : Hayatu Nursyuhada Bin Che Hasim
 EMAIL Hayatu.nursyu@gmail.com
 UMUR 25 Tahun
 KEJAYAAAN  : Menjual Sambal Bilis Krukk Krakk Viral.

 

Latar Belakang

Pada permulaan, Cik Syuhada ingin menambah pendapatan bagi membantu kewangan keluarganya dengan menjual sambal bilis. Walaupun sudah mempunyai karier yang tetap, beliau sedaya upaya mencuba untuk mendapatkan pendapatan sampingan yang lain.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum mengikuti latihan keusahawan di PI Kg Kemasin, beliau berusaha menceburi perniagaan dan hanya memasarkan produk beliau melalui kenalan terdekat serta rakan sepejabat sahaja. Oleh itu pendapatan yang diperolehi adalah terhad dan tidak memberangsangkan.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas beliau tekad dan bersemangat untuk maju dalam perniagaan, beliau telah mengikuti pelbagai Latihan E-Usahawan di Pusat Internet Kg. Kemasin, beliau mula menggunakan aplikasi Shopee sepenuhnya bagi menjual produk  tersebut dan proses pemasaran serta penjualan sambal bilis semakin mudah dan menjimatkan masa. Kini produk jualan beliau viral dan berjaya dipasarkan di seluruh malaysia dengan mudah.

 

 

CELIK IT

NAMA Mohd Fazre Bin Mazlan
UMUR : 28 tahun
PEKERJAAN : Pelajar UITM
KEJAYAAN : Mengikuti Kelas Online, Adobe Photoshop dan Perisian Internet

 

Latar Belakang

Mohd Fazre merupakan komuniti di kg kemasin dan dia adalah ahli berdaftar Pusat Internet  Kg Kemasin. Dia sering mengikuti e-pembelajaran dan latihan ICT serta kelas asas teknologi maklumat di PI Kg Kemasin. Beliau seorang ahli yang sangat aktif dan sering menggunakan kemudahan yang ada di pusat internet.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum beliau terlibat dengan penggunaan ICT di pusat internet, Mohd Fazre sering menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelajaran beliau. Kawasan tempat tinggal yang kurang mendapat line internet amatlah membebankan beliau untuk menyiapkan tugasan. Setelah berdaftar sebagai ahli PI dia sering mengunjungi PI Kg Kemasin bagi mendapatkan kemudahan dan latihan ICT. Dia juga lebih memilih untuk berada di Pusat Internet Kg Kemasin untuk menyiapkan tugasan pelajaran berbanding di tempat lain.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Mohd Fazre kini telah menyertai dan melibatkan diri dalam banyak aktiviti di pusat internet dan beliau telah banyak menimba ilmu yang bermanafaat serta dapat membantu beliau dalam pelajaran. Segala kemudahan di pusat internet digunakan dengan baik dan telah banyak membantu beliau.