mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q4 2019 (OKTOBER-DISEMBER)

USAHAWAN I

 NAMA : Siti Rohani Bt Zaharani
 EMAIL : sitirohani.zaharani@yahoo.com
 UMUR 42 Tahun
 KEJAYAAN : Menjalakan perniagaan homestay berdekatan dengan rumah kediamannya

 

Latar Belakang

Pada mulanya, Puan Siti mengeluarkan wang modal dalam jumlah yang banyak bagi menyediakan khidmat ‘homestay’ yang selesa kepada para pelanggan. 

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas dan latihan keusahawan di PI, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan dan pelanggan hanyalah dari kalangan kenalan rapat sahaja. Puan siti hanya membuat promosi secara konvesional seperti meletakan signbord dan banner di premis homestay dan kawasan sekitarnya. Ini menjadi kekangan kepada puan siti untuk menarik minat dan pelanggan dari kawasan luar.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti Kelas Asas Usahawan serta latihan asas media baru di Pusat Internet  Kg. Kemasin, beliau berjaya menggunakan platform yang terkini iaitu media sosial untuk menarik lebih ramai pelanggan. Malah beliau mampu membuka akaun Mudah.my bagi mendapatkan pelanggan. Kini beliau banyak menerima pelanggan dari luar.

 

USAHAWAN II

 NAMA : Nor Akalili Bt Norudin
 EMAIL Norakalili@gmail.com
 UMUR 22 Tahun
 KEJAYAAAN : Menjual Kopi Biji Kurma secara dalam talian.

 

Latar Belakang

Permulaan perniagaan, Cik Akalili baru sahaja tamat peperiksaan STPM dan mula mencari pendapatan dengan meniaga barangan kesihatan sambal membantu ibunya menjual produk tersebut

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas dan latihan keusahawan di PI Kg Kemasin, beliau telah mula berjinak-jinak menceburi perniagaan dengan menjual kopi biji kurma dalam Whatapps tetapi teknik pemasaran kurang berkesan kerana penjualan kopi tersebut semakin berkurangan.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti Kelas Asas E-Usahawan di Pusat Internet Kg. Kemasin, beliau mula menggunakan aplikasi Shopee sepenuhnya bagi menjual produk kopi tersebut dan proses pemasaran dan penjualan kopi semakin meningkat dari hari ke hari.

 

CELIK IT

NAMA Umi Najihah Anis
UMUR : 17 Tahun
PEKERJAAN : MRSM Pengkalan Chepa Kota Bahru Kelantan
KEJAYAAN : Mengikuti kelas asas komputer dan kelas asas microsoft office

 

Latar Belakang

Adik  Umi Najihah Anis adalah ahli Pusat Internet  Kg Kemasin sejak beliau sekolah rendah lagi. Sejak itu beliau sering mengikuti e-pembelajaran dan latihan ICT di PI Kg Kemasin setiap hujung minggu.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet, Adik Umi Najihah kurang mendapat pendedahan berkaitan teknologi ict terutamanya internet

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas menjadi ahli Pusat Internet, adik Umi Najihah menjadi lebih berpengetahuan dalam ict. Beliau selalu datang ke pusat internet untuk mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan, Sejurus mendapat keputusan peperiksaan, adik Umi Najihah sudah berkebolehan untuk mengisi permohonan Online ke MRSM dimana beliau belajar sekarang.