USAHAWAN I
| NAMA | : | Mohamad Aimei Bin Ab Ghani |
| : | mohdaimei@yahoo.com | |
| UMUR | : | 20 Tahun |
| KEJAYAAN | : | Memasarkan peratatan telefon bimbit seperti wayar charger |
Latar Belakang
Pada mulanya, Aimei seorang lepasan SPM yang ingin mencari pendapatan sendiri dengan menjual wayar USB kepada teman- teman terdekatnya sahaja.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas dan latihan keusahawan di PI, perniagaan beliau memerlukan masa dan tenaga yang banyak bagi menjual produk beliau.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas mengikuti Kelas Asas Usahawan serta latihan asas perisian komputer di Pusat Internet Kg. Kemasin, beliau menemui cara baru bagi meningkatkan penjualan produk beliau tanpa menghabiskan masa dan tenaga yang banyak. Beliau berjaya memasaran produk jualannya di platform terkini seperti shopee dan facebook.
USAHAWAN II
| NAMA | : | Muhammad Aiman B. Ab. Ghani |
| : | Muhammadaiman@yahoo.com | |
| UMUR | : | 20 Tahun |
| KEJAYAAAN | : | Menjual pelbagai jenis pendrive dengan bermacam bentuk dan jenama |
Latar Belakang
Aiman merupakan usahawan menjual pelbagai bentuk dan jenama pendrive. Beliau menjadi ahli PI Kg Kemasin pada 2 Jun 2015. Tamat tingkatan 5, Aiman mula berjinak-jinak menjual pendrive secara kecil-kecilan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas tamat Tingkatan 5, Aiman banyak mengikuti kelas dan latihan di PI seperti kelas asas Internet dan kelas software Adobe Photoshop. Aiman turut mengikuti kelas dan latihan keusahawan di PI.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kemasin, Aiman memanfaatkan penggunaan platform perniagaan dalam talian seperti Shopee untuk menjana pendapatan dengan perniagaan secara sambilannya.
CELIK IT
| NAMA | : | Muhd Salahuddin Ahba |
| UMUR | : | 13 Tahun |
| PEKERJAAN | : | Pelajar SMK Kubang Golok |
| KEJAYAAN | : | Mengikuti Kelas E- pembelajaran, Latihan Asas ICT dan Pembelajaran Memalui YouTube |
Latar Belakang
Muhd Salahudddin Ahba merupakan komuniti di kg kemasin dan dia adalah ahli berdaftar Pusat Internet Kg Kemasin sejak beliau sekolah rendah lagi. Dia sering mengikuti e-pembelajaran dan latihan ICT di PI Kg Kemasin setiap hujung minggu. Dia juga seorang yang cekap dan mudah menerima perkara baru yang diajar.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum Adik Salahuddin terlibat dengan penggunaan ICT di pusat internet, dia banyak meluangkan masa lapang dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah bersama rakan-rakan. Sekarang, dia sering mengunjungi PI Kg Kemasin bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi internet. Dia juga lebih memilih untuk berada di Pusat Internet Kg Kemasin bersama kawan-kawan berbanding aktiviti lain.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Adik Salahuddin amat gembira menghadiri kelas dan latihan yang diadakan di PI Kg Kemasin. Oleh itu, dia dapat mempelajari banyak perkara melalui internet secara selamat dengan bimbingan petugas-petugas PI Kg Kemasin.Selain itu, kelas ict seperti kelas menggunakan e-pembelajaran juga amat membantunya mengulang kaji pelajaran terutama sewaktu saya ingin menduduki peperiksaan UPSR.





