mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q2 2019 (APR-JUN)

USAHAWAN I

 NAMA : Nur Hazarina Bt Abdul Halim
 EMAIL Hazz_rina@gmail.com
 UMUR 26 Tahun
 KEJAYAAAN : Menjalankan perniagaan menjual susu pelbagai perisa, Farmfresh

 

Latar Belakang

Pada permulaan perniagaannya, Puan Hazarina  hanya menjual produk susu segar kepada jiran-jiran yang terdekat serta kawan rapat sahaja. Beliau berusaha keras untuk memajukan produk yang dijualnya kepada orang ramai.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas dan latihan keusahawan di PI, Puan Hazarina hanya melakukan promosi seara kecil-kecilan sahaja kepada jiran-jiran yang terdekat. Pelanggan beliau hanyalah kenalan rapatnya sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Setelah mendaftar sebagai ahli PI Kg Kemasin dan mengikuti latihan asas keusahawanan di Pusat Internet  Kg. Kemasin, beliau mula membuat perancangan perniagaan yang lebih strategik dengan melakukan promosi yang lebih efektif di media sosial seperti Facebook, dan Whatsapp. Kini rangkaian pelanggan lebih meluas kepada komuniti yang lebih besar.

 

 

USAHAWAN II

 NAMA : Nik Muhammad Alif Iqbal
 EMAIL alifidbal01@gmail.com
 UMUR 19 Tahun
 KEJAYAAAN : Menjual jersey pelbagai jenis rekaan dan warna.

 

Latar Belakang

Pada mulanya, Iqbal hanya seorang ramaja yang baru sahaja menamatkan sekolah tingkatan 5. Beliau mula melakukan pekerjaan sabilan sementara mengisi masa yang terluang. Setelah ,mencuba beberapa jenis pekerjaan sambilan, beliau mula berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan dengan menjual T-shirt jersey.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas dan latihan keusahawan di PI, jualan yang beliau hasilkan agak kurang dan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan pelanggan.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti Kelas Asas Usahawan serta latihan asas perisian komputer di Pusat Internet  Kg. Kemasin, beliau mula mendapat ramai pelanggan yang berminat untuk membeli produk jualan beliau. Perniagaan beliau bertambah maju.

 

 

CELIK IT

NAMA Che Nor Afifi Bt Che Hassan
UMUR : 14 Tahun
PEKERJAAN : Pelajar SMK Kubang Golok, Bachok, Kelantan
KEJAYAAN : Mengikuti Kelas Asas Komputer dan Internet, Latihan Intel Learn Easy Steps dan kelas E-Pembelajaran

 

Latar Belakang

Adik  Che Nor Afifi Binti Che Hassan adalah ahli Pusat Internet  Kg Kemasin sejak berumur 10 tahun. Sejak itu adik Afifi  sering mengikuti e-pembelajaran dan latihan ICT di PI Kg Kemasin setiap hujung minggu.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum adik Aleya mengikuti kelas e-pembelajaran dan latihan ICT,  beliau agak kekok menggunakan komputer. Beliau hanya mampu melihat kawan-kawan yang lain mengunakan komputer.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Pada mulanya petugas PImemperkenalkan komponen-komponen komputer dan sistem operasi komputer. Setelah sedikit mahir, beliau diajar cara mencari maklumat menggunakan enjin carian Google.

Adik Aleya juga turut mengikuti Latihan Asas Perisian Komputer. Dimana, di kelas ini beliau diajar secara mendalam penggunaan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Publisher dan Microsoft Power Point.