mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q2 2018 (APRIL – JUN)

USAHAWAN  I

 NAMA : Armanusah Binti Kamarudin
 EMAIL armanusah@gmail.com
 UMUR 23 Tahun
 KEJAYAAAN : Menjual pelbagai pakaian wanita

 

Latar Belakang

Cik Armanusah mula menceburi bidang perniagaan apabila beliau tamat pengajian ijazah dan masih belum bejaya mendapat pekerjaan yang tetap. Beliau hanya mampu menjadi penjual online secara kecil-kecilan melalui watapps kepada kenalan terdekat.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas dan latihan keusahawan di PI, beliau tidak mampu menggunakan sosial media dengan baik bagi mempromosi poduk jualannya. Oleh itu, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

Selepas mendaftar sebagai ahli PI dan mengikuti latihan asas keusahawanan di Pusat Internet Kg. Kemasin, beliau berjaya menggunakan sosial media dengan lebih efektif dengan pakaian yang dijual seperti seperti Facebook, Wechat, Whatsapp dan Instagram.

 



USAHAWAN II

NAMA Nur Shahida Binti Fauzi
EMAIL  : shahdafauzi@yahoo.com
UMUR : 38 Tahun
KEJAYAAN  : Perniagaan kek dan tart pelbagai perisa, jenis dan rasa

 

Latar Belakang

Permulaan perniagaan, Puan Shahida hanya ingin mengisi masa lapangnya di rumah dengan melakukan akiviti yang disukainya dan lebih berfaedah. Beliau mula membakar kek dan tart dari rumah dengan menggunakan resepi asas yang diketahuinya.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas dan latihan keusahawan di PI, beliau telah mula berjinak-jinak menceburi perniagaan dengan menjual kek dan tart kepada kawan di tempat kerjanya sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M

Selepas mendaftar sebagai ahli PI dan mengikuti Kelas Asas E-Usahawan di Pusat Internet Kg. Kemasin, beliau mula menggunakan sosial media dengan aktif bagi mempomosi kek dan tart yang dijual seperti seperti Wechat, Whatsapp dan Instagram. Selain itu, beliau juga mampu mencari resepi kek yang terkini dengan melayari internet dengan baik.

 

 

CELIK IT

NAMA Mohd Fakhru Hanan Bin Fakhrul
UMUR : 11 Tahun
PEKERJAAN : Pelajar SK Kubang Golok, Bachok, Kelantan
KEJAYAAN : Mengikuti kelas Asas Komputer, English Central, Microsoft Office, Kelas Pengenalan KDB dan sebagainya.

 

Latar Belakang

Merupakan pelajar tahun 6 SK Kubang Golok. Sering datang ke PI Kg Kemasin untuk menggunakan perkhidmatan di PI. Sering menyertai kelas dan aktiviti yang diadakan di PI Kg Kemasin.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum menjadi salah seorang  ahli  Pusat Internet, beliau banyak meluangkan masa lapang dengan menonton cerita-cerita kartun di televisyen dari rumah

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas menjadi salah seoarang ahli  Pusat Internet, beliau lebih banyak menghabiskan masa yang terluang dengan melayari internet di PI1M Kg Kemasin. Beliau sudah mampu mencari maklumat dan menonton cerita kegemaran beliau dari youtube dan mengetahui lebih banyak info berkaitan internet.