mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN PN. ZURAIDA

Nama

Zuraida Bt Abdullah

Umur

44

Email

zuraidazuraida@gmail.com

No. Telefon

014-5114883

Alamat

Kampung Tok Belian, 16300 Bachok, Kelantan

Tahun menjadi Ahli PI1M

26 Ogos 2015

 

 

Bentuk perniagaan

 

 

Perkhidmatan menjahit pelbagai jenis design baju tradisional dan moden sekitar Bachok dan Kota Bharu.

 

Kisah kejayaan

 

Latar belakang

 

Permulaan perniagaan, Puan Zuraida  hanya menjahit baju ahli keluarga yang terdekat sahaja. Setelah mendapat bantuan daripada agensi kebajikan, Puan Zuraida telah mengembangkan perkhidmatan beliau dengan mengambil tempahan dari penduduk Bachok.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Sebelum mengikuti kelas dan latihan keusahawan di PI1M, Puan Zuraida hanya melakukan promosi dari mulut ke mulut sahaja.Pelanggan hanya komuniti setempat yang berdekatan dengan tempat tinggalnya

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mendaftar sebagai ahli PI1m dan mengikuti latihan keusahawanan INTEL di Pusat Internet 1Malaysia Kg. Kemasin, beliau mula membuat perancangan perniagaan yang lebih rapi dengan melakukan promosi besar-besar di media sosial seperti Facebook, dan Whatsapp. Kini rangkaian pelanggan lebih meluas dan bukan tertumpu kepada komuniti di Bachok sahaja.

Penggunaan PI1M

Apa yang dipelajari melalui PI1M

–       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Whatsapp, serta portal MyShop di Dashboard Komuniti Pi1M.

–       Mempelajari teknik mengambil gambar produk untuk menarik minat pelanggan dengan gambar pandang pertama

–       Menghadiri kelas INTEL.

 

 

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

–       PI1M membantu mempromosikan produk

–       Memberi kelas dan latihan keusahawanan

–       Kadar penggunaan Internet dan lain-lain perkhidmatan dengan kadar  yang sangat murah