Bachok sememangnya sangat terkenal dengan keindahan pantainya. Antaranya
1. PANTAI SENOK, BACHOK
Pantai Senok Bachok Kelantan, kini tengah viral di Seluruh Malaysia mengenai keindahan Pantai nya ala-ala Pantai Nami Korea.
Rasai musim luruh sepanjang musim di Pantai Senok, Bachok, Kelantan.
Sebenarnya pokok-pokok ru di Pantai Senok ini ditanam oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan agensi kerajaan dalam usaha untuk menggalakkan penjagaan alam sekitar sejak lebih lima tahun dahulu.

Turut menjadi pilihan fotographer
2. PANTAI IRAMA

Pantai Irama yang cantik sesuai untuk setiap keluarga bersantai dihari minggu. Disamping itu juga di sebelah petang pada hari Jumaat diadakan pasar malam yang bersebelahan dengan Pejabat Penggawa Daerah Perupok dan di hari Sabtu diadakan Pasar Tani Mega yang dianjurkan oleh FAMA sehingga tengahari.
Keindahan Pantai Irama yang dikongsikan di laman Youtube.Pantai Irama, Bachok
3. Pantai Kemasin
Pantai Kemasin merupakan pantai yang berdekatan dengan kampung tersebut. Pantai Kemasin terkenal dengan permandangan yang menarik dan pantai yang cantik .. Pantai ini menghadap Laut China Selatan dan telah ditambak bagi mengelakkan hakisan dari berlaku. Ia nya sering dikujungi pada hari minggu (Jumaat dan Sabtu) terutamanya untuk aktiviti ‘tarik pukat’ dan pancing.

WAT PHOTHIKYAN PHUT THAK THAM
Wat Phothikyan Phut Thak Tham terkenal dengan patung Buddha yang mempunyai ketinggian 108 kaki dan merupakan patung Buddha Terbesar di Asia Tenggara. Ia juga dianggap diantara yang terbesar di dunia. Ketik ini dipanggil ketik naga yang terdapat didalam peta dunia untuk pelancong bagi orang bukan islam yang boleh dibanggakan di Negeri Kelantan dan sentiasa dikunjungi oleh para pelancong dari seluruh Negara.
