Kg Kemasin berada dalam Daerah Perupok yang merupakan salah satu daripada 8 daerah yang terdapat di Jajahan Bachok. Keluasan daerah keseluruhannya bagi daerah Perupok ialah 20.56 km persegi. Ianya meliputi 13.01 % daripada keluasan keseluruhan jajahan Bachok yang terbahagi kepada 10 Mukim Penghulu dan 56 buah kampung. Kedudukan daerah Perupok merangkumi sebelah selatannya Kampung Padang Cina sehingga Kemasin (Pintu Gerbang Pengkalan Petah). Kampung-kampung yang berjiran dengan Kg. Kemasin di daerah Perupok antaranya ialah Kg. Balai, Kg. Kubang Golok, Kg. Panjang serta Mukim Bandar Bachok.
Maklumat bagi Mukim Kemasin adalah seperti di bawah:
|
Parlimen |
Bachok |
|
Nama YB Ahli Parlimen |
YB Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman |
|
Dewan Undangan Negeri |
Perupok |
|
Nama YB ADUN |
YB Haji Mohd Huzaimy bin Che Husin |
|
Daerah / Jajahan |
Bachok |
|
Nama Pegawai Daerah |
Haji Shamsul Bin Abu Bakar |
|
Mukim |
Kemasin |
|
Nama Penggawa Mukim |
Fauzi |
|
Nama Ketua Kampung |
Raja Zainuddin bin Raja Daud |
|
Nama Imam |
Haji Kashuadi |
POPULASI PENDUDUK
Jumlah penduduk Kampung Kemasin mengikut bancian setakat Januari 2026 adalah seramai 1719 orang dengan purata isi rumah seramai 5 atau 6 orang setiap rumah. Majoriti adalah kaum melayu.
|
KATEGORI |
JUMLAH (ORANG) |
|
Lelaki |
811 |
|
Perempuan |
908 |
|
Jumlah Keseluruhan |
1719 0rang |
kemaskini terkini : 10 Jan 2023