USAHAWAN I
| NAMA | : | Mohamad Adziman B Mohamed Adib |
| : | adzimanadib00@gmail.com | |
| UMUR | : | 20 Tahun |
| KEJAYAAN | : | Menjual peranti pendrive dari china |
Latar Belakang
Adziman merupakan usahawan menjual pelbagai jenis pendrive. Sejak menjadi ahli PI Kg Kemasin pada 13 Februari 2016, menjadikan dirinya lebih berminat dalam perniagaan dalam talian.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum ini beliau tidak begitu aktif menggunakan platform media sosial dan melayari Internet. Malah, pengetahuannya tentang dunia internet amat terbatas.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing yang telah diberikan oleh Pusat Internet Kg. Kemasin, beliau memanfaatkan penggunaan platform perniagaan dalam talian seperti Shopee untuk menjana pendapatan dengan perniagaan secara sambilannya.
USAHAWAN II
| NAMA | : | Royaha Bt Abdullah |
| : | rohayaabdullah96@gmail.com | |
| UMUR | : | 24 Tahun |
| KEJAYAAAN | : | Menjual popia dan karipap mini hasil resepi keluarga. |
Latar Belakang
Permulaan perniagaan, Cik Rohaya hanyalah graduan universiti yang bercita-cita untuk mendapatkan pekerjaan yang setaraf dengan pendidikan yang dimilikinya ketika itu.Tetapi, dia gagal mendapatkan pekerjaan tersebut dan mula mencari alternatif lain dengan meniaga popia dan karipap mini bersama keluarganya.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas dan latihan keusahawan di PI Kg Kemasin, beliau masih hanya mampu menghasilkan jualan dengan kadar yang minimal dan perniagaannya hanya menerusi sahabat rapatnya sahaja.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas mengikuti Kelas Asas E-Usahawan di Pusat Internet Kg. Kemasin, beliau mula menggunakan aplikasi Shopee sepenuhnya bagi menjual produk jualannya dan amat memberangsangkan, perniagaan beliau lebih dikenali oleh orang luar.
CELIK IT
| NAMA | : | Nur Ain Najwa Binti Fauzi |
| UMUR | : | 12 Tahun |
| PEKERJAAN | : | Pelajar SMK Kubang Golok |
| KEJAYAAN | : | Mengikuti Kelas E- pembelajaran, Kelas Asas Grafik dan Kelas teknologi maklumat (gmail) |
Latar Belakang
Adik Nur Ain merupakan komuniti di kg kemasin dan dia adalah ahli berdaftar Pusat Internet Kg Kemasin. Dia sering mengikuti e-pembelajaran dan latihan ICT serta kelas asas teknologi maklumat di PI Kg Kemasin setiap hujung minggu.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum Nur Ain terlibat dengan penggunaan ICT di pusat internet, dia banyak meluangkan masa lapang dengan hanya menonton tv dan melakukan aktiviti dirumah sahaja. Sekarang, dia sering mengunjungi PI Kg Kemasin bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi internet. Dia juga lebih memilih untuk berada di Pusat Internet Kg Kemasin bersama kawan-kawan berbanding aktiviti lain.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Adik Nur Ain amat suka menghadiri kelas dan latihan yang diadakan di PI Kg Kemasin. Hal ini kerana, dia dapat mengetahui banyak perkara melalui internet secara selamat dengan bimbingan petugas. Selain itu, kelas ict seperti kelas menggunakan perisian komputer juga amat menarik minatnya untuk belajar lebih lagi.


